Charity Programme

Bersempena menyambut kemerdekaan yang ke-59, kami warga PGSIX turun padang berkongsi detik gembira bersama mereka yang kurang bernasib baik di ambang merdeka.
Setidak-tidaknya sedikit sumbangan ini mampu meringankan beban dan mengembirakan hati mereka..
Walaupun kemerdekaan yang kita kecapi pada saat ini, masih lagi terdapat jiwa yang belum merdeka. Merdeka bukan sahaja pada laungan semata-mata, malah harus seiring dengan jiwa yang bersih.
Setiap rezeki yang kita nikmati, haruslah dikongsi bersama dengan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain. Yakinlah rezeki itu banyak dan berlebihan. Memberi atau berkongsi rezeki dengan orang lain tidak akan mengurangkan hak kita.
Firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 92 bermaksud :
"dan kamu sekali-kali tidak akan mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE -59
Merdeka! Merdeka! Merdeka!