Alhamdulillah, selesai sesi perjumpaan oleh Pengarah Urusan PNS, Dato Syed Kamrulzaman Syed Zainal Khodki Shahabudin bersama usahawan BIT dalam program yang berlangsung semalam.
Program ini adalah selaras dengan usaha PG SIX TRADING (M) SDN BHD dalam melahirkan lebih ramai usahawan khususnya dalam Perniagaan Mesin Layan Diri ini. Usaha ini selaras dengan seruan kerajaan dalam membangunkan sosio-ekonomi melalui pendapatan pasif secara berterusan. Peluang dan ruang ini terbuka luas kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan adanya jalan bagi memudahkan mereka bergelar ushawan Vending Machine dalam usaha untuk menaiktaraf struktur ekonomi diri dan keluarga.
Oleh yang demikian, dengan adanya BIT program melalui kerjasama PNS adalah diharap dapat membantu mereka untuk memajukan diri dengan lebih mudah. Atas dasar ini, pihak syarikat telah berusaha sedaya upaya dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua usahawan kami.