Neelofa Kongsi Tips Berniaga Mencecah 50 Juta Jualan

Neelofa memang terkenal dengan produk “tudung instant shawl” yang ramai hijabista tergila-gilakan. Ini adalah tips dan pesanan beliau kepada yang baru nak ceburi bidang perniagaan.



1. Fokus kepada perniagaan


Pada permulaannya, beliau hanya membuat 200 stok dan bermula secara kecil-kecilan dengan berniaga di bazar-bazar dan expo-expo.
Bila sudah berjaya, barulah beliau mula mencari agen, beliau mempunyai sebanyak 800 agen berdaftar tapi hanya 400 yang aktif sekarang.

2. Berbisnes dalam bahasa inggeris


Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, peniaga haruslah pandai menggunakan bahasa inggeris untuk mendapatkan jualan dari luar negara.
Sejak menggunakan bahasa inggeris di laman webnya, jualan dari luar Negara mencecah 6 juta dan dari 37 buah negara!

3. Gunakan imej anda sebagai inspirasi


Neelofa adalah seorang artis dan pelakon yang sangat berbakat.
Sempena kemunculannya dalam bidang lakonan baru-baru ini di mana beliau telah menjadi heroin dalam drama hit 'Suri Hati Mr Pilot' yang memang cukup popular, beliau telah menggunakannya sebagai “marketing platform” untuk mempromosikan produ shawlnya.
Melalui drama tersebut, 3 jenis tudung direka untuk mewakili 3 peringkat dalam kehidupan wanita iaitu; Warda semasa bujang, warda selepas kahwin dan warda selepas beranak.
Haa..mungkin anda tidak pernah tahu fakta menarik ini kan?
Hasil strategi bijak ini, jualan tudung beliau telah meletup-letup sepanjang drama Suri Hati Mr Pilot.

4. Tonjolkan “Brand identity”


Neelofa hanya menggunakan warna-warna pastel untuk tudung beliau dan beliau juga buat banyak “research” untuk kenal pasti “target audience” beliau.
Beliau juga hanya memakai jenama sendiri.
Dalam bidang bisnes, kita haruslah memberi sokongan kepada produk kita sendiri.
Kalau tidak, macam mana kita hendak berjaya, bila kita sendiri pun tidak menggunakan produk kita sendiri, kan?

5. Labur dalam “marketing”


Untuk memastikan produk kita berbeza daripada produk-produk yang lain, laburlah dalam sesi “photoshoot” dan pastikan gambar- gambar yang dihasilkan itu memang cantik dan meletup!
Lepas itu, post gambar-gambar tersebut di laman Instagram dan Facebook sebagai strategi pemasaran.
Sentiasa pastikan yang anda terus berkongsi post produk (beberapa dalam sehari) dan gunalah gambar yang berbeza.
Pastikan butiran barangan semua di muat naik ke laman web, dan jawab pertanyaan pelanggan dengan sopan dan seperti seorang kawan!

6. Kreatif dalam pemasaran


Sekarang, ramai yang membuat pemasaran melalui video tutorial dan sebagainya.
Neelofa pula menggunakan imej beliau sebagai seorang pelakon untuk memasarkan tudung-tudung beliau.
Watak heroinnya dalam drama Suri Hati Mr Pilot pula lemah lembut dan bersopan. Senang untuk penonton jatuh hati dengan wataknya.
Tahun ini, beliau memasarkan koleksi Hari Rayanya melalui drama ringkas bersiri!
Akhir sekali, manfaatkanlah media sosial.
Ramai pengikut di luar sana yang pasti mahu membeli produk anda, jika kena dengan gaya penghasilan dan pemasarannya.
Selamat Mencuba !