PENTINGNYA SUMBER KEWANGAN KEDUA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN



Banyak pendapat mengatakan keharmonian sesuatu keluarga itu terletak kepada kepakaran pengurusan rumahtangga. Punca utama adalah kewangan dan kasih sayang. setuju?
Hari ini, ramai yang mengeluh kerana dek tekanan hidup melalui ekonomi menyebabkan suami / isteri terpaksa bekerja lebih masa untuk memastikan keadaan ekonomi keluarga lebih baik lagi, tetapi anak-anak punca kekurangan kasih sayang menyebabkan mereka terlibat dalam pergaulan yang diluar jangkaan. Jadi, bukan mudah untuk memastikan keluarga dalam keadaan terbaik. Tentunya pengorbanan yang besar dari segi masa, penat lelah, kewangan, kasih sayang menjadi pertaruhan besar.




Oleh itu, masyarakat dewasa ini mencari satu sumber kewangan kedua yang memberi jaminan dari segi masa terutamanya supaya mereka mampu fokus kepada kerjaya dan keluarga seiringan. Dengan adanya sumber kedua kewangan mampu memberi nafas kelegaan kepada keluarga yang sederhana terutamanya kerana kos sara hidup sememangnya tinggi.
Pentingnya sumber kedua kewangan dewasa ini bersesuaian dengan saranan dan galakan daripada kerajaan sendiri supaya mengambil apa sahaja peluang yang mampu menjana pendapatan harian tanpa mengharapkan gaji bulanan semata-mata. Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat dalam sahsiah ekonomi supaya sentiasa bergiat aktif dan juga berdikari dalam mencapai matlamat negara maju.
Tidak dinafikan Perniagaan Mesin Layan Diri ada kekuatan tersendiri dimana 'masa' merupakan nadi utama dalam perniagaan ini. Ramai memilih cara ini sebagai salah satu cabang sumber kewangan keluarga memandangkan mereka sentiasa sibuk dan padat dengan jadual kerja harian. Sememangnya berniaga Mesin Layan Diri ini tanpa perlu melibatkan masa yang panjang serta tenaga usahawan.